
We are Professional Photographer passion in wedding, base in Ipoh, willing to travel and eager to capture the best moment on your big day, make a booking now!!!
Photographer by Miqdad| Jimi & Jue | 27,29 & 30 Nov 2009 | Kuala Kangsar & Ipoh
Photographer by Miqdad| Azhan & Atikah | 20 & 21 Nov 2009 | Ipoh
Melangkah lagi setapak meneroka 1 lagi cabang fotografi kali ini kami menceburkan diri kedalam dunia koporat, Kami telah bekerjasama bagi menghasilkan produk baru Syarikat IM2u Style & Energy Perfumes jadi tugas kami adalah mengambil gambar semua jenis produk perfume keluaran terbaru untuk di publish kan melalui flyers, bunting dan website jadi kepada mana-mana company yang memerlukan khidmat kami sila hubungi dengan segera di talian 0196506069
Gambar ni aku ambil suke2 jer kebetulan wife aku jadi MC di majlis perkahwinan Lin jadi aku pun menyebok la ambil gambo nasib baik official photographer dorang tak halau aku kuar epoi, gondo ngan kamen dari jangguttouch hehe dorang ok sebenarnye, so disebabkan aku bukan jurugambar rasmi aku pun nak jugak bergambo ngan pengantin ahaks.. tak malu betol. yang Mc plak siap boleh berpozing kat celah2 pelamin tu lagi la muke tak malu, sape yang kawin sebenonyer ni? anyway aku cuma nak ucapkan tahniah kat pengantin ni semoga kekal bahagia ke anak, cucu, cicit dan lain2.
Photographer by Miqdad | Yuri & Juli| 5 Oktober 2009 | Ipoh
Alhamdulillah aku rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah berikan kepada aku, sejak akhir2 ni aku sering di panggil oleh bekas2 client aku yang lepas untuk mengulang perkara yang sama dalam versi yang baru. Kali ni bekas client aku Syameen dan suaminya Shahrul meminta aku skali lagi untuk jadi Official Photografer bagi majlis perkahwinan abangnya iaitu Yuri dengan pilihan hatinya Juli. ” waaah… ni boleh buat lagu ni…” Tahniah buat korang berdua Yuri & Juli. Buat Syameen & Shahrul thanks dan selamat menyambut cahaya mata.
Tahniah buat korang berdua semoga kekal bahagia hingga kehujung nyawa. Dulu abg lili kawin aku jd jurugambarnya(Azhar & Laila) sekarang dah tiba masa giliran lili pulak. So sweet kalau nak citerkan hal dorang ni, tempoh berkenalan tak sampai setahun kebetulan masa aku ambil gambar sahabat baik Lili ni Bariah dan suaminya Amirul, dc2 lah jugak titik permulaan perkenalan antara Zaheir & Lili, Secara kebetulan lagi Zaheir ni sahabat baik Amirul….. mmm senang jer korang kan, tak payah cari jauh2, pusing2 kat c2 gak
Photographer by Miqdad| ex client
Tahniah Azhar & Laila kerana menimang cahaya mata semoga kasih sayang antara korang lebih erat lagi dengan kehadiran sikecil ni, anyway disebabkan korang bekas client I, I akan hadiahkan service percuma Khidmat Fotografi sempena majlis naik buai anak korang nanti
Fairoz & Tie (Pasir Mas Kelantan) 3,4,5|Jun|09 Outdoor Perkampungan Kraf
first time aku turun Kelantan ni nasib baik aku tak sesat cari rumah Fairoz ni, kalo korang nak tau ni la job paling letih skali dah la aku drive sorang ke sane hampir 5 jam gak la sbb aku ikut gerik tu pun aku pecut 160 Km/H
Shahrul & Akmal (Melaka) 6,7|Jun|09 Outdoor A. Famosa Water World
lepas 3 hari kat sane aku kene pecut ke melaka plak peh 11 jam baru drive ikut gua musang pastu terperangkap kat trafik jem plak 2jam punce, ade lori terbalik kat tengah jalan mangko aku menunggu. Sampai je kat melaka dah 5 pagi, tangan ngan kaki aku dah macam org pakinson teketor-ketor kat org perak, sampai je tol simpang Ampat aku lena jap pastu mandi dengan tak cukup tdonye aku terus cari rumah client sampai je dah pukul 9 just nice ayah Akmal sambut aku dengan baik, die pun jemput aku masuk. Alhamdullillah semua berjalan dengan lancar. buat korang berdua aku ucapkan selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat , album korang aku dah siap edit, tinggal final touch je lagi aku balik dari Miri nanti baru aku hantar ke kilang k
Awin & Yus (Ipoh) 29,30|Mei|09 Outdoor Taman Botani
Untuk Awin dan suami walaupun majlis korang tak berapa sempurna sebab yus tak sihat pada hari bahagia korang berdua anggap lah itu semua dugaan mungkin ade hikmahnye antara satunya korang dapat sesi outdoor FOC lagi tu heheh…. so tahniah buat korang dan semuga berbahagia selalu.
Norlina & Nik Ehsan (Ipoh) 29,30|Mei|09 Outdoor Taman Botani
Credit to Fuad (photographer) Kl mari
Buat lin dan ehsan semuga berbahagia aku doakan siap bagi bonus lagi tu, terima kasih diucapkan, album korang sudah finalize 28 ni aku balik dari Miri album mesti siap punye la….
Credit to Achoi Photographer final Graphic touch by Miqdad
mmmm nak dengo citer aq? baru2 ni aku membuang tabiat aku tuk pegi Lumut semate-mate utk ambik gambo sun set ni pada hal tujuan sebenar aku g sane nak g Jom Heboh, saje nak buang Fliers kat sane. Disebabkan aku malas nak hadapi tekanan dlm traffic jam, so aku parking la jauh cket. Hampir kematu jgk kaki aku dibuatnyer nak menapak melalu gerai2 yg berada disepanjang jalan dari tempat aku parking kereta nak ke tapak JH …. peh!!!! dengan bebanan beg camera yang aku galas ni rase cam nak tecabut dah bahu aku. setelah sampai ke destinasi, tibe2 je aku rase teringin nak letakkan fliers aku kat wiper kete yang ader kat ctu so aku dan 2 org lg pembantu aku dengan tanpa segan silu meletakkan filers td wwah3…. bukan main lagi dorang… kejer senang la katekan….pastu aku di sape oleh sorang mamat yang pesen pakaian die ala2 tentera udara thailand yang dah 10 thn pencen mamat tu: Woi photographer terhormat!!!… aku : ha!! mamat tu : ape kabo,(sambil besalam) aku: baik mamat tu : ko buat aper skarang, hidup lg ko ye aku : tak buat ape, ngah melayan ko la skarang ni mamat tu : k la beb aku blah dulu aku : ? ha ok Dalam hati aku cakap sape die ni ek die kenal aku kah,aku tak kenal die serius beb. aku ingat la kan mesti die saje nak cover line je tu kot sbb dah salah orang yang die tegor moral value nyer muke photographer mcm aku barada dimana2 saja jd…. hati2 i know what u did kat sane…..
“Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke jiwa.. Bermulanya sebuah cerita… dari suryakanta sebuah kamera…”
Renzu – kata nama Jepun yang memberi maksud lensa mempunyai signifikannya yang tersendiri buat kami. Dari lensa inilah kami bercerita mengenai emosi… suka, duka, kasih, rindu dan semangat seorang insani.
Bagaikan mata yang melontar kata… menusuk ke dalam jiwa yang menatap setulusnya…
Alangkah ruginya jika segala pengkisahan hidup tidak dirakam sebagai ikhtisar memori kala bersama atau sekadar imbasan nostalgia buat generasi di hari muka….
Kerana itu, mengambil aspirasi Jepun yang mengutamakan kualiti, kami juga ingin menjadikan kualiti sebagai asas dalam menjadikan setiap detik perubahan kehidupan itu kepada sebuah momento abadi… dan kesemuanya terangkum dalam gambar digital sebagai sebuah koleksi…
Professional | Jurugambar | Jurufoto | wedding | Renzuartphoto | Brides | Photographer